Bl0G Y aKu CiPtA iNI adAlAh mNgENaI APe2 SaJeR y AkU sUkE nAk TuLiS... BlH La jEnGuK2 n K0Men...JgN luPe F0ll0W..ThAnkZ 4 aLl..

Saturday, 26 November 2011

~ ♥ Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam ♥ ~



1) Berpuasa
- Maksud Hadis : Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. 
- Maksud Hadis : Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2) Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3) Berdoa
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

~ ♥ Antara amalan sunat pd hari Asyura ( 10 muharram ) ♥ ~

Melapangkan masa/belanja anak isteri. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. 
Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah. 
Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat. 
Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. 
Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. 
Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. 
Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. 
Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. 
Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. 
Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

Menjamu orang berbuka puasa. 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 
Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.





# rase nak puase khamis nie =)

No comments:

Post a Comment